Hidup Ini Bagaikan Permainan Monopoly

Permainan Monopoly sangat mirip dengan kehidupan sebenar pelabur hartanah . Setiap orang akan bermula di petak yang sama GO . Sekiranya gaji anda bulanan anda 200 pound , apabila anda lengkapkan satu pusingan , anda akan terima lagi 200 pound . Ada orang sampai awal , ada orang sampai lambat . Ini mirip kecepatan seseorang naik pangkat !

Sepanjang pusingan , juga bergantung kepada nasib anda . Mungkin anda mempunyai peluang untuk membeli hartanah . Terpulang pada anda untuk mengambil risiko atau biarkan sahaja kerana anda takkan mampu membeli ! 

Sepanjang perjalanan pelaburan , anda mungkin mendapat CHANCE seperti bonus tahunan , menang cabutan bertuah dan lain-lain lagi . Kadang kala anda melakukan kesalahan seperti disenarai hitam oleh CGC ( masuk JAIL ) Pada ketika ini , anda tidak boleh melabur . Ini kerana CTOS atau CCRIS anda kacau bilau .

Semakin lama anda menjadi mahir melabur dan anda mula berupaya beli rumah . Anda mula menjana wang melalui sewaan . Jika anda kekurangan wang , anda boleh cagarkan tanah / rumah kepada bank . Ini akan membantu anda memulihkan cash flow bulanan anda ! 

Matlamat akhir permaian ini mempunyai banyak rumah dan hartanah ! 

Apa yang pasti , agak sukar SEMUA orang menjadi kaya kalau anda hanya memungut gaji di petak GO dan mampu membeli HARTANAH ! . Anda akan kaya kerana anda bijak pandai mengolah wang gaji itu menjadi pendapatan daripada pelaburan hartanah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *