Panduan Beli Kereta Untuk Graduan

Banyak perkara yang perlu diperhatikan sebelum membeli kereta . Keputusan perlu dibuat mengikut kemampuan untuk mengelakkan kebocoran kewangan yang serius . Panduan beli kereta untuk graduan ini ditulis untuk graduan membuat pertimbangan sebelum beli kereta 

2 Formula & Tips Beli Kereta Supaya Tak Terbeban 

1.Beli Kereta Pada Harga 12 Bulan Gaji

Pakar kewangan ada menyarankan Rule of Thumb bagi membeli kenderaan, iaitu seseorang perlu membeli kenderaan dengan nilai 12 kali ganda gaji bulanan. Jika mengambil purata gaji permulaan fresh grad RM 2,000 sebulan, maka mereka perlu mencari kenderaan yang bernilai RM 24,000 dan ke bawah.

Setelah membuat semakan harga kenderaan, hanya kereta Axia 1000 E  (Manual) sahaja yang didapati dalam julat harga 24k. Ya, kereta ini mungkin bukan pilihan kebanyakan graduan kerana tidak ada ‘standard’. Jadi apa pilihan lain yang boleh dipertimbangkan jika  mereka inginkan kereta yang lebih berkualiti pada harga yang mampu milik?

2. Kereta Ansuran Bulanan Tak lebih dari 15% daripada Gaji 

Bagaimana nak kira harga kereta yang layak dibeli ? Contoh : Gaji bulanan graduan RM 3,000. Untuk ansuran bulanan 15% , maka jumlahnya 15% x RM 3,000 = RM 450 . Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta , baki 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah atau pelaburan !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *