Tips Jana Pendapatan

1. Mulakan pencarian kerja (job hunting) secepat mungkin, kalau boleh mula sebelum habis belajar semasa semester terakhir. Zaman sekarang persaingan mendapatkan kerja sangat sengit, sedikit terlambat, anda akan jauh tertinggal.

2. Sediakan resume dan persiapkan diri untuk menghadiri temuduga kerja dengan sebaik-baiknya. Ada banyak tips dan pengalaman yang dikongsikan di internet, cuma perlu cari sahaja.

3. Jangan terlalu memilih kerja. Buat kerja-kerja biasa dahulu adalah lebih baik daripada membuang masa menganggur. Ini akan memberi markah tambahan jika anda memohon kerjaya impian nanti. Bakal majikan dapat melihat anda sedia dan sanggup melakukan kerja.

4. Peringkat awal bekerja, walau apa pun pekerjaan, utamakan untuk dapatkan ilmu dan pengalaman, bukan gaji. Baca kisah Robert Kiyosaki yang diajar oleh Rich Dadnya yang dipaksa bekerja bukan untuk gaji, sebaliknya untuk ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba, nilai diri anda akan meningkat. Jalan untuk anda mencapai kerjaya impian akan lebih mudah.

5. Orang muda ada banyak masa, boleh mulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Tak kisahlah samaada nak buat perniagaan runcit, borong, consignment,affiliatedropshiparbitrage atau jadi ejen, yang penting luangkan masa untuk jana pendapatan tambahan. Zaman sekarang dah mudah, banyak peluang perniagaan dan info berkaitan bisnes tersedia.

6. Kalau dah bekerja, fokus dengan kerja hakiki dan rajin-rajinkan diri untuk buat kerja lebih masa jika berpeluang. Waktu muda adalah waktu menjana pendapatan semaksimumnya. Tapi, jangan pula sampai menyeksa diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *