Tips Untuk Simpanan

1. Bermula dari gaji pertama, sentiasa asingkan sebahagian untuk simpanan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan. Kalau boleh, simpan 50% daripada gaji. Paling minimum, 20-30%. Orang muda masih tak banyak komitmen, simpanan harus diutamakan.

2. Simpanan pertama harus ditumpukan untuk membina dana kecemasan dan dana rizab.

3. Buka akaun Tabung Haji dan cukupkan duit minimum untuk daftar giliran haji terlebih dahulu. Semakin lama ditangguh, semakin lambat giliran haji.

4. Rancang dana persaraan sejak hari pertama bekerja, bukan dekat-dekat apabila dah nak bersara. Kalau kerja kerajaan, jangan hanya bergantung kepada pencen. Kalau kerja swasta, jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP.

5. Walaupun masih tak ada calon, jangan dilupa untuk bina tabung kahwin. Kos majlis perkahwinan boleh melibatkan jumlah yang besar. Nanti apabila dah ada calon, tak perlu tunggu lama-lama dan beri alasan tiada duit untuk kahwin.

6. Buat juga simpanan untuk pembelian rumah sendiri. Apabila dah berkeluarga dan punyai kerjaya yang stabil, akan tiba masanya untuk tinggal di rumah idaman. Tetapi, pembelian rumah boleh libatkan kos yang besar. Maka, simpanan diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *