3 Cara Atasi Rasa Takut Untuk Mula Berniaga

Buka semua orang mempunyai bakat berniaga. Tambahan lagi kepada mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam perniagaan. Antara jenis ketakutan yang selalu bermain difikiran mereka yang mahu berniagaan adalah seperti :

  • Takut Rugi
  • Takut Gagal
  • Takut Perlian dari rakan-rakan
  • Takut Rejection dari bakal pelanggan
  • Dan Bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain difikiran mereka yang mahu mula berniaga. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertindak untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Atasi Ketakutan untuk berniaga dengan cara dibawah.

    1 CARI ILMU DAN MENTOR

    Ilmu sangat penting dalam bisnes. Segalanya di dunia ini memerlukan ilmu. Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Pada saya, ada 2 kaedah untuk mencari ilmu dalam bisnes :-

    Buat sendiri dulu, bila gagal baru belajar dari kegagalan itu

    Belajar Kegagalan daripada orang lain melalui seminar dan workshop atau melalui pembelianc DVD tutorial, ebook atau buku fizikal.

    2 MULAKAN PERNIAGA DENGAN MODAL YANG PALING RENDAH

    Elakkan bina perniagaan yang dengan kos yang sangat tinggi seperti membuka kedai makan. Yang mana pasti memerlukan modal yang sangat tinggi untuk permulaan.

    Perniagaan pertama yang disarankan untuk mula berniaga adalah dengan mulakan perniagaan yang menggunakan kos yang paling rendah. Sebagai contoh saya start bisnes saya dengan modal RM 80 sebagai Perunding Kewangan Takaful.   

    3 BACA DAN TONTON KISAH MOTIVASI & KEJAYAAN USAHAWAN YANG BERJAYA

    Dengan amalkan cara ini, kita akan lebih bermotivasi untuk mulakan perniagaan. Setiap ahli bisnes yang Berjaya ada perjalanan jatuh bangunnya sendiri. Anda juga perlu bersedia untuk itu, bukan untuk menakutkan, tapi begitulah hakikat dan cabaran dalam hidup di dunia ini.

    Ada masa dalam bisnes kita, jualan akan naik dan kita akan rasa nikmatnya bisnes. Ada masa juga bisnes akan menurun da  banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi.

    Jadi dengan anda menonton kisah motivasi, dan kejayaan usahawan lain kita tidak akan mudah give up dan menyerah kalah dalam bisnes yang kita ceburi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *