JOM JADI TUAN RUMAH MUDA-MUDA

Tahukah anda ?
Selepas dapat pengalaman beli rumah pertama , anda akan teruja untuk beli rumah kedua pula .Tak percaya , cubalah !!!

Graduan Baru & Rumah
Pengalaman Beli Rumah Pertama

6Panduan Mudah Untuk Membeli Rumah
 Pada Usia Muda

Mulakan Membina Karektor Suka Menyimpan

Untuk berjaya memiliki rumah idaman anda, adalah sangat penting untuk anda belajar mendisiplinkan diri dalam menabung. Sekurangnya perlu ada simpanan 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli. 90% lagi guna pembiayaan perumahan. 10% untuk deposit rumah dan 5% untuk perjanjian jual beli dan kos sampingan yang lain.


Jangan Beli Kereta Mahal

Cadangan saya, kalau nak beli kereta sangat, belilah kereta patut milik yang ansuran bulanannya tak lebih 15% daripada gaji. Jika beli kereta import, ansuran bulanan sah-sah tinggi, dah tak mampu nak menyimpan untuk beli rumah.


Jauhi Buat Hutang Yang Tidak Perlu

Janganlah sesekali anda pasang niat untuk buat pinjaman peribadi untuk kehendak diri yang akhirnya memakan diri sendiri. Hal ini kerana, tanpa prejudis pihak bank akan labelkan anda sebagai individu yang berisiko.Kad kredit bagus jika kita pandai guna. Jangan main swipe saja. Bila nak bayar nanti garu kepala. Ingat, jangan gatal-gatal nak bayar sekadar amaun minimum pula.


Belajar Ilmu Hartanah

Masa muda kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu. Caranya ialah dengan menghadiri seminar atau forum hartanah. Kalau ilmu tentang hartanah dah ada, anda sukar untuk ditipu dan anda boleh lihat dengan lebih mendalam dan telus mana-mana hartanah.  Daftar cepat-cepat kalau ada seminar hartanah yang terdekat. Ada duit lebih belilah buku-buku hartanah. 


Buktikan Kepada Bank Yang Kewangan Anda awesome !

Zaman sekarang ni, nak beli kereta, beli rumah semua kena hutang dengan bank.CCRIS ni macam rekod hutang.Lambat bayar sebulan, muncul angka 1. Kalau lima bulan tunggak, ada rekod angka ‘5’. Kalau semua 0, 0, 0 maksudnya kita bayar on time.


Cari kawan yang sama perjuangan . Baru senang anda nak berjalan

Bila nak beli rumah, kita kena berjimat simpan duit. Fresh graduate biasa pula, masa belajar enjoy habis duit PTPTN dan biasiswa, masa lapang buat melepak, kerja tak dapat, PTPTN tertunggak.Jadilah fresh graduate yang luar biasa 

BUKAN TAK MAMPU TETAPI TAK TAHU

Pelik sangat ramai anak muda boleh beli kereta mahal-mahal yang berharga lebih daripada gaji tahunan , tetapi masih belum memiliki rumah !

Mana Yang Sesuai Dengan Anda ?

SUBSALE

Modal sederhana 

Risiko Rendah 

Pasaran sudah sedia ada 

Boleh dirunding harga

bullhorn

LELONG

Modal tinggi 

Risiko tinggi 

Ilmu hartanah perlu mantap 

Rumah sangat murah

UNDER CONSTRUCTION

 Modal kecil 

Risiko rendah 

Harga agak mahal 

Holding power mesti kuat

Tempat Simpan Deposit Rumah 
Berapa lama tempoh masa yang sesuai 
untuk cukupkan deposit rumah ?

Kalau boleh , kita nak cepat -cepat cukupkan duit deposit rumah nak beli rumah segera !

Tabung Haji

Dividen 6.25% , Sekarang mudah nak transfer daripada maybank2u ke tabung haji . Setiap bulan , masuk gaji teruslah transfer ke akaun Tabung Haji anda 

ASB

Dividen 7.25% . Untung Bumiputera sebab dapat keistimewa untuk melabur di ASB 

3 Cara Dapatkan Duit Deposit Beli Rumah

Secara asasnya , kita perlukan 15% daripada harga rumah sebagai MODAL . 10% adalah deposit , manakala lagi 5% adalah untuk yuran guaman , yuran penilaian dan lain-lain . Kita boleh sediakan tambahan lagi 5% daripada harga rumah kalau-kalau rumah itu perlukan pengubahsuaian

KWSP Akaun 2

Pinjam Ahli Keluarga

Buat Tabung Khas ( Tabung Haji / ASB 

Insurans pinjaman perumahan yang mana patut saya pilih – MRTA atau MLTA?

MRTT Takaful

Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) adalah versi Islamik serta patuh Shariah. Ia adalah insurans hayat kumpulan premium tunggal yang membayar pinjaman rumah yang tertunggak anda sekiranya anda meninggal dunia atau ditimpa musibah kecacatan kekal (Total Permanent Disability/TPD)

MLTT TAKAFUL

Mortgage Level Term Takaful (MLTT), versi Islamik serta patuh Shariah menawarkan bayaran balik untuk pinjaman rumah terkumpul serta pulangan tunai yang terjamin pada akhir skim ini. Manfaat tunai ini dapat membantu dalam menjaga keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal sepenuhnya (TPD)